Beri fokus kepada masyarakat luar bandar - Utusan Malaysia

Beri fokus kepada masyarakat luar bandar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) perlu berhenti menunding jari terhadap kesalahan yang didakwa dilakukan kerajaan Barisan Nasional (BN) dan memberikan fokus untuk menjaga kepentingan rakyat terutama mereka yang berada di luar bandar.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (BN-Bera) berkata, kerajaan PH telah diberikan mandat oleh rakyat yang percaya dengan janji mereka namun kini rakyat pula makin terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup yang tinggi selepas pelaksaan cukai jualan dan perkhidmatan (SST).

“Cukup-cukuplah salahkan orang lain, saya setuju dengan pendapat Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan, Tun Daim Zainuddin yang menegur ahli Parlimen PH agar jangan hanya salahkan kerajaan lalu tetapi tidak buat kerja sehingga rakyat susah.

“Bagi saya kerajaan telah dipilih, jagalah kepentingan rakyat luar bandar,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2019 peringkat dasar  dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini.  – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN