KUALA LUMPUR 26 Nov. – Pengedar jenama Benelli di Malaysia, Mforce Bike Holdings, melancarkan tiga model baharu edaran syarikat itu di Pameran Motor Antarabangsa Kuala Lumpur 2018 (KLIMS’18) di Pusat Dagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini. Model tersebut adalah Benelli 502C, Benelli TRK251 dan Benelli Leoncino 250. Pengurus Besar (Operasi) Mforce Bike, Asri Ahmad berkata, syarikat menyasarkan jualan sebanyak 100 unit sebulan bagi Benelli 502C manakala 300 unit…










