Belgium terkedu dikejutkan Switzerland - Utusan Malaysia

Belgium terkedu dikejutkan Switzerland

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 19 Nov. – Jaringan hatrik penyerang Benfica, Haris Seferovic membantu Switzerland mengejutkan pasukan dipenuhi bintang, Belgium 5-2 pada aksi terakhir peringkat Kumpulan 2 Liga A Eropah awal pagi ini.

Walaupun ketinggalan 0-2 pada satu ketika, skuad bimbingan Vladimir Petkovic ini bangkit dengan tiga jaringan di babak pertama dan dua lagi gol di babak kedua untuk membolehkan mereka mara ke separuh akhir saingan Liga Negara Eropah itu.

Ricardo Rodriguez dan Seferovic lebih dulu menafikan dua gol pendahuluan Belgium menerusi adik Eden Hazard, Thorgan sebelum tiga lagi gol menyusul menerusi Nico Elvedi dan Seferovic.

Switzerland akan menyertai Portugal, England dan kemungkinan Belanda ke separuh akhir. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN