PASIR PUTEH 3 Nov – Lebih 2,000 nelayan di jajahan ini dan Bachok terkilan kelompok mereka tidak menerima sebarang pembelaan khusus dalam Belanjawan 2019 dan menggesa Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan semula perkara itu. Pengerusi Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Semerak, Zahari Samat berkata, rata-rata nelayan di negeri ini masih memerlukan pembelaan seperti Elaun Sara Hidup Nelayan (ESHN) yang diperkenalkan kerajaan terdahulu. Menurutnya, kebanyakan mereka yang mencari rezeki menggunakan sampan dan memukat di sekitar pantai selain nelayan tradisional yang mencari sumber ikan sungai masih di takuk kemiskinan. “Musim tengkujuh adalah cabaran bagi kami…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya