Bekas pembantu khas Rosmah didakwa meminta, menerima rasuah - Utusan Malaysia

Bekas pembantu khas Rosmah didakwa meminta, menerima rasuah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 15 Nov. – Pembantu Khas kepada Datin Seri Rosmah Mansor dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas empat pertuduhan meminta dan menerima rasuah berjumlah RM218 juta berhubung projek Bersepadu Sistem Solar Photovoltaic (PV) Hibrid dan Penyelenggaraan dan Operasi Genset/Diesel Bagi 369 Sekolah Luar Bandar Sarawak.

Datuk Rizal Mansor, 44, yang memakai kot hitam bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas keempat-empat pertuduhan itu selesai dibacakan kepadanya di hadapan Hakim Rozina Ayob.

Tertuduh didakwa masing-masing atas dua pertuduhan meminta dan menerima rasuah bagi pihak isteri bekas perdana menteri antara Mac dan Disember 2016.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 24 akta sama yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mengikut mana lebih tinggi. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN