Bekas jurulatih diarah bela diri - Utusan Malaysia

Bekas jurulatih diarah bela diri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Seorang bekas jurulatih terjun kebangsaan yang dilepas dan dibebaskan April lalu atas pertuduhan merogol seorang atlet terjun, diperintahkan membela diri oleh Mahkamah Tinggi di sini semalam atas pertuduhan itu.

Hakim Datuk Azman Abdullah memutuskan demikian selepas mendapati Hakim Mahkamah Sesyen telah ter­khilaf dalam membuat keputusan melepas dan membebaskan Huang Qiang.

Dalam penghakiman­nya, Azman berkata, Mahkamah Tinggi membuat keputusan itu selepas meneliti kesemua alasan penghakiman serta meneliti ke­terangan saksi-saksi dan rakan-rakan mangsa.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Di dalam WeChat saksi-saksi pendakwaan (SP) iaitu SP5, SP6, SP7, dan SP8 adalah saksi yang boleh diterima sebagai ke­terangan ‘similar fact’ dan tidak mempreju­diskan kes terhadap tertuduh selaku responden.

“Dengan ini mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwaan selaku perayu dan memerintahkan untuk tertuduh membela diri,” katanya.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Terkini