Batshuayi nafi kembali ke Chelsea - Utusan Malaysia

Batshuayi nafi kembali ke Chelsea

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 16 Nov. – Michy Batshuayi menafikan akan memendekkan tempoh pinjamannya di Valencia dan kembali ke pangkuan Chelsea selepas menampilkan aksi cemerlang bersama Belgium.

Dia meledak kedua-dua jaringan Belgium ketika me­numpaskan Iceland 2-0 dalam Liga Negara-Negara Eropah hari ini, sekali gus mengukuhkan kedudukan Red Devils selaku pendahulu Kumpulan 2.

Pada ketika aksinya dalam saingan La Liga tidak menentu, malah hanya meledak dua gol bersama Valencia setakat ini, penyerang berusia 25 tahun itu dikatakan akan pulang lebih awal ke Stamford Bridge.

“Berita bahawa saya akan meninggalkan Valencia dalam masa terdekat hanya khabar angin.

“Saya tidak mempunyai masalah dengan kelab dan amat memahami jurulatih mereka (Marcelino Toral).

“Kami kini dalam fasa yang teruk tetapi akan terus be­kerja keras untuk bangkit,” kata ­Batshuayi.

Valencia kini menghuni tangga ke-15 La Liga dengan me­ngumpul 14 mata, 10 mata di belakang pendahulu, Barcelona.

Batshuayi memecah kebuntuan pada minit ke-65, sebelum mengukuhkan kedudukan, sembilan minit menuju tamat permainan.

Dia hanya mendapat kepercayaan berada dalam ke­sebelasan utama selepas pe­nyerang Manchester United, Romelu Lukaku mengalami kecederaan,” ujarnya. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN