Batshuayi buat Martinez bangga - Utusan Malaysia

Batshuayi buat Martinez bangga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRUSSELS 16 Nov. – Roberto Martinez menghamparkan pujian terhadap Michy Batshuayi yang meledak dua gol di babak kedua untuk menang 2-0 ke atas Iceland dalam aksi Liga Negara-Negara hari ini.

Penyerang Valencia itu memecah kebuntuan Belgium di separuh masa pertama dengan jaringan tersebut, sekali gus memberikan skuad bimbingan Martinez motivasi menjelang pertembungan akhir kumpulan menentang Switzerland, dengan pungutan mata mereka sudah cukup untuk menempah tiket ke slot akhir.

Diturunkan dalam kesebelasan utama selepas penyerang utama Romelu Lukaku mengalami kecederaan, Batshuayi akhirnya memanfaatkan peluangnya biarpun sekadar menjaringkan dua gol untuk Valencia musim ini.

Pemain berusia 25 tahun itu mula mempamerkan watak sebenar selepas terlepas dua peluang mudah di babak pertama.

“Di separuh masa pertama, Batshuayi agak tenggelam. Bagaimanapun dia semakin menyerlah selepas menyumbat gol pembukaan. Saya sangat bangga kerana di menjaringkan dua gol dan beraksi dengan baik. Saya gembira dengan prestasi keseluruhannya.

“Dalam perlawanan seperti ini, anda perlu terus fokus dan dapat menjaringkan gol dengan satu gerakan,” ujar Martinez.- AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN