Bas Boca Juniors diserang - Utusan Malaysia

Bas Boca Juniors diserang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BUENOS AIRES 25 Nov. – Perlawanan akhir timbal balik kedua Superclasico Copa Libertadores antara seteru lama River Plate dan Boca Juniors terpaksa ditangguh sehingga, esok ekoran serangan ke atas bas pasukan Boca sehingga menyebabkan ada pemain yang ditimpa kecederaan akibat tingkap yang pecah dan terhidu asap.

Presiden penganjur pertandingan Conmebol, Alejandro Dominguez berkata kepada televisyen FOX, kedua-dua pasukan telah bersetuju untuk menangguhkan perlawanan sehingga ke hari esok iaitu pukul 5 petang Ahad (4 pagi Isnin waktu Malaysia) di Stadium River Monumental, Buenos Aires.

“Dalam keadaan sebegini perlawanan sudah pasti terganggu. Sebuah pasukan tidak boleh beraksi dan satu lagi pasukan pula enggan bermain pada ketika kekecohan berlaku,” kata Dominguez yang juga merupakan ketua badan induk bola sepak Amerika Selatan.

Conmebol pada awalnya menangguhkan perlawanan lewat dua jam apabila pemain Boca mengalami kecederaan kerana gas pemedih mata dan gelas tingkap yang pecah selepas bas pasukan mereka disembur dengan semburan lada dan dilempar kayu serta batu ke arah kenderaan tersebut sewaktu dalam perjalanan ke stadium.

Meskipun, bas tersebut melalui laluan di kawasan kejiranan Nunez menuju ke stadium River di bawah pengawasan polis, mereka tetap diserang oleh sekumpulan penyokong fanatik tuan rumah. Selepas Conmebol mengubah keputusan untuk menangguhkan sahaja perlawanan, pemain veteran Boca, Carlos Tevez melahirkan rasa tidak puas hatinya terhadap keputusan penganjur.

“Keadaan kami tidak mengizinkan untuk bermain. Mereka pula memaksa kami meneruskan aksi. Pablo Perez (kapten Boca) baru sahaja kembali dari hospital dan matanya terpaksa dibalut.

“Rakan sepasukan saya yang lain turut tercedera. Kami baru sahaja boleh bernafas kerana bas kami diserang gas pemedih mata,” kata Tevez. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×