SAUDARA PENGARANG, BELANJAWAN 2019 yang dibentangkan pada 3 November lalu oleh Menteri Kewangan, Lim Guan Eng secara dasarnya adalah satu belanjawan yang baik apabila mereka memperkenalkan kaedah pemberian bantuan sara hidup yang mengambil kira bilangan ahli isi rumah selain mempertingkatkan kadar gaji minimum. Malah kerajaan Pakatan Harapan dalam belanjawan itu juga telah membentangkan langkah-langkah mengurangkan jumlah pekerja asing di negara ini melalui levi serta memperkenalkan kad pengangkutan awam tanpa had…










