PORT MORESBY, Papua New Guinea – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kerjasama yang lebih adil dan nyata antara negara maju dan membangun dapat membantu negara anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) menghadapi perubahan.
Beliau menegaskan bahawa hanya dengan konsep menang-menang dalam kalangan anggota APEC membolehkan rantau itu merangka masa depan bersama dan inklusif dalam era perubahan.
“Kita telah pergi terlalu jauh dalam integrasi ekonomi dan perdagangan bebas untuk meninggalkannya dalam era perubahan ini. Apa yang kita boleh lakukan ialah menyesuaikannya dan dari situ membentuk kerjasama dan perjanjian baharu untuk memenuhi perubahan itu,” katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










