Banjir di sekitar Selangor surut, bomba siap siaga hadapi bencana - Utusan Malaysia

Banjir di sekitar Selangor surut, bomba siap siaga hadapi bencana

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov.- Beberapa kawasan di sekitar Selangor yang dinaiki air akibat hujan lebat petang semalam mulai surut awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Selangor, Mohd. Rizal Buang berkata, antara kawasan yang terjejas teruk akibat banjir kilat adalah di Kota Damansara, Kampung Paya Jaras dan Shah Alam.

“Sehingga pukul 2.30 petang ini, penduduk di Kampung Paya Jaras yang dipindahkan ke Dewan Caulfield, Kampung Paya Jaras telah diarahkan pulang ke kediaman masing-masing.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Beberapa anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Batu Arang juga kini membersihkan beberapa kediaman dan masjid yang terjejas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tambahnya, pasukan bomba Selangor akan sentiasa bersiap siaga dalam menghadapi bencana banjir di beberapa kawasan yang dikenal pasti berisiko tinggi.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×