KUALA LUMPUR 12 Nov. – Polis masih menunggu laporan forensik berkaitan kes baling tayar basikal dari tingkat atas Projek Perumahan Rakyat (PPR) Gombak Setia di sini, pada 2 November lalu. Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mazlan Lazim berkata, punca sebenar kes sedang disiasat dan tiada tangkapan lain buat masa ini. “Kita sedang tunggu laporan forensik dahulu untuk mengenal pasti punca kejadian sebelum siasatan lanjut dilakukan,” katanya selepas program Komuniti…









