Baling objek: DBKL cari penyelesaian - Utusan Malaysia

Baling objek: DBKL cari penyelesaian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 9 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mengadakan taklimat khas bagi menyelesaikan kes pembuangan objek dari atas bangunan kediaman bertingkat yang semakin serius sejak kebelakangan ini.

NOR HISHAM AHMAD DAHLAN

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, taklimat tersebut membabitkan persatuan dan jawatankuasa penduduk kediaman Projek Perumahan Rakyat (PPR), Perumahan Awam (PA) dan perumahan swasta di seluruh ibu negara.

Memuatkan artikel berkaitan…

“Mekanisme untuk menye­lesaikan masalah ini perlu diputuskan. Adakah kita akan membina bumbung bagi mengelakkan objek jatuh ke tingkat bawah atau cari kaedah lain?

“DBKL akan memanggil pihak-pihak yang berkenaan dalam masa terdekat bagi mencari penyelesaian kerana mereka (penduduk) lebih memahami isu ini,” katanya.

Beliau berkata demikian da­­lam sidang akhbar selepas Mesyuarat Majlis Menteri Wilayah Persekutuan kali ketiga yang dipengerusikan oleh Menterinya, Khalid Abdul Samad di Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir Ketua Setiausaha kementerian, Datuk Seri Adnan Md. Ikhsan.

Nor Hisham mengulas insiden seorang remaja berusia 18 tahun yang cedera di kepala akibat terkena komponen basikal yang dibuang dari tingkat atas PPR Gombak Setia baru-baru ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×