NIBONG TEBAL 24 Nov. – Lelaki yang rentung dalam kebakaran rumahnya semalam dipercayai bertindak menyimpah petrol dan membakar ibu mertuanya sebelum kediamannya di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini turut musnah dalam kebakaran. Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Supt. Shafee Abdul Samad berkata, berdasarkan siasatan yang dijalankan mendapati lelaki berusia 52 tahun itu bertindak sedemikian ketika dalam keadaan marah dan mabuk pada pukul 6.19 petang semalam. “Lelaki itu yang…










