KOTA BHARU 27 Nov. – Beralih tempat tidur kerana mahu mengelak air hujan akibat bumbung rumah yang bocor pernah menjadi ‘rutin’ keluarga Hasnani Hussin yang tinggal di Kampung Baung, di sini selama berpuluh-puluh tahun, terutama setiap kali musim tengkujuh tiba. Mereka juga amat berhati-hati setiap kali mahu mengatur langkah kerana lantai kayu rumah tersebut sudah reput di merata-rata tempat, selain gigih menyumbat kain perca, kepingan kotak dan kertas surat khabar…










