Badminton: Tiga wakil negara mara ke suku akhir Kejohanan Remaja Dunia - Utusan Malaysia

Badminton: Tiga wakil negara mara ke suku akhir Kejohanan Remaja Dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Pemain muda berbakat Malaysia, Aidil Sholeh Ali Sadikin meneruskan rentak cemerlang apabila mara ke suku akhir Kejohanan Badminton Remaja Dunia BWF 2018 di Markham, Kanada pada Khamis (Jumaat di Malaysia).

Pemenang pingat perak Sukan Malaysia (Sukma) 2018 itu menewaskan Riku Hatano dari Jepun; 21-19 dan 21-13 dalam aksi pusingan keempat perseorangan lelaki di Markham Pan Am Centre, demikian menurut laman sesawang Persekutuan Badminton Dunia (BWF), www.bwfbadminton.com.

Dalam pada itu, rakan sepasukannya, Ng Tze Yong mencipta kejutan besar dengan kemenangan 21-13 dan 21-5 ke atas pilihan kedua, Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay dari Indonesia dalam satu lagi aksi pusingan keempat.

Bekas juara remaja dunia yang juga pilihan ketiga, Goh Jin Wei turut meloloskan diri ke pusingan seterusnya apabila menewaskan Wendy Zhang dari Kanada; 21-11 dan 21-10 dalam acara perseorangan wanita.

Cabaran Malaysia dalam acara beregu lelaki berakhir pada Selasa apabila dua pasangan negara tumpas kepada lawan masing-masing di pusingan kedua. – Bernama

 
Keputusan pusingan keempat:
 
Perseorangan Lelaki:
Aidil Sholeh Ali Sadikin mn Riku Hatano (JPN) 21-19, 21-13
Ng Tze Yong mn [2] Ikhsan Leonardo Imanuel Rumbay (INA) 21-13, 21-5
 
Perseorangan Wanita:
[3] Goh Jin Wei mn Wendy Zhang (CAN) 21-11, 21-10
Eoon Qi Xuan mn Putri Kusuma Wardani (INA) 21-19, 21-10
 
Beregu Wanita:
[3] Pearly Tan Koong Le-Toh Ee Wei mn Emma Moszczynski-Jule Petrikowski (GER) 21-10, 21-11
 
Beregu Campuran:
Choong Hon Jian-Pearly Tan Koong Le mn Ruttanapak Oupthong-Peeraya Khantaruangsakul (THA) 21-19, 21-14
Chia Wei Jie-Toh Ee Wei mn Lukas Resch-Emma Moszczynski (GER) 21-11, 21-12
 
(Nota: Kesemua pemain Malaysia kecuali dinyatakan, dan [  ] menandakan pemain pilihan)

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN