SHAH ALAM 16 Nov. Datuk Seri Azmin Ali yang dikatakan akan memenangi jawatan Timbalan Presiden PKR berkata, beliau tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama dengan pencabarnya Rafizi Ramli. Malah Azmin yakin, Rafizi akan diberikan peranan dalam parti, jika kalah dalam perebutan jawatan itu. “Dia telah mainkan peranan bertahun-tahun, saya boleh bekerjasama dengan Rafizi untuk mengukuhkan parti untuk persediaan pilihan raya akan datang,” katanya selepas merasmikan Kongres Nasional Tahunan Wanita dan Pemuda PKR malam tadi. Keputusan tidak rasmi menunjukkan Azmin kini mendahului saingan Rafizi dalam perebutan jawatan nombor dua dalam PKR itu…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya