KUALA SELANGOR – Penyandang Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terus mengukuhkan kedudukanya apabila berjaya menguasai Cabang Kuala Selangor pada pemilihan hari ini dengan memperoleh 982 undi. Beliau berjaya menewaskan pencabarnya Rafizi Ramli yang hanya meraih 389 undi. Dalam pada itu, bagi jawatan Naib Presiden pula, Dr. Xavier Jayakumar memperoleh 1,132 undi, Nurul Izzah Anwar (673 undi), Zuraida Kamaruddin (661 undi), Chua Tian Chang (…










