KUCHING 10 Nov. – Sokongan ahli-ahli PKR Sarawak terhadap Datuk Seri Mohamed Azmin Ali, nampaknya masih utuh apabila undian mereka membolehkan beliau mendahului selesa pencabarnya, Rafizi Ramli membabitkan pemilihan 20 cabang parti itu pada hari pertama pemilihan di negeri ini. Proses pemilihan dan pengiraan yang selesai pada pukul 7 malam ini menyaksikan Azmin mendahuli pencabarnya dengan kelebihan majoriti 1,375 undi. Azmin memperoleh 2,827 undi berbanding Rafizi yang meraih 1,452 undi.…










