Azeez tidak hadir ke SPRM hari ini, tunda esok - Utusan Malaysia

Azeez tidak hadir ke SPRM hari ini, tunda esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 26 Nov. – Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Rahim tidak hadir memberi keterangan di Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), hari ini.

Abdul Azeez
Abdul Azeez 

Menurut sumber, Abdul Azeez sepatutnya hadir memberi keterangan pada pukul 2.30 petang tadi untuk melengkapkan siasatan kes rasuah syarikat kontraktor namun kelibat beliau tidak kelihatan

Ujarnya, pihak SPRM telah menghubunginya, namun beliau memohon pertemuan itu ditangguhkan esok kerana mahu menghadiri persidangan di Parlimen.

Dalam pada itu, sehingga kini, proses bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang masih berjalan dan tiada sebarang pengesahan sama ada dia ditahan atau tidak. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN