Azeez tiba beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Azeez tiba beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 27 Nov.- Ahli Parlimen Baling, Datuk Seri Abdul Azeez Abdul Rahim tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi melengkapkan siasatan kes rasuah syarikat kontraktor.

Abdul Azeez yang juga merupakan ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO tiba pada pukul 3.08 petang dengan menaiki kenderaan pelbagai guna (MPV) Toyota Estima berwarna putih.

Abdul Azeez sepatutnya datang ke ibu pejabat SPRM untuk memberi keterangan semalam namun, beliau memohon pertemuan itu ditangguhkan ke hari ini kerana mahu menghadiri persidangan di Parlimen.

Pada 25 September lalu, SPRM telah menahan Abdul Azeez, abangnya merangkap pengurus besar syarikat hartanah, Datuk Abdul Latif Abdul Rahim serta seorang pengarah syarikat berhubung kes berkenaan.

Abdul Azeez dan pengarah syarikat ditahan di ibu pejabat SPRM pada pukul 11.15 pagi dan 5.30 petang ketika hadir memberi keterangan manakala Abdul Latif ditahan pada pukul 11.30 pagi di Sungai Buloh, Selangor.

Semua suspek telah ditahan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penerimaan rasuah daripada sebuah syarikat kontraktor bagi satu projek Tabung haji.

Abdul Azeez, Abdul Latif dan pengarah syarikat itu direman selama empat hari dan selepas itu tempoh reman Abdul Azeez dan abangnya dilanjutkan lagi selama enam hari bagi membolehkan SPRM melakukan saisatan lanjut.

Pada 5 Oktober, Abdul Azeez merangkap bekas Pengerusi Lembaga Tabung Haji bersama abangnya itu dibebaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM500,000 setiap seorang dengan dua penjamin.- UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN