Ayeh ditemukan, ibu lega - Utusan Malaysia

Ayeh ditemukan, ibu lega

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR MAS 16 Nov. – Penemuan mayat anggota polis, Wan Mohd. Arif Wan Yahya, 28, yang lemas sejak seminggu lalu ketika mengejar penjenayah di Sungai Paka, Durian Mentangau, Dungun cukup melegakan seluruh ahli keluarga.

Ibunya, Wan Yah Wan Yaacub, 52, berkata, dia lega dengan penemuan tersebut setelah seminggu usaha mencari dan menyelamat Wan Mohd. Arif atau lebih dikenali dengan Ayeh dilalukan.

“Syukur alhamdulillah, jenazah Ayeh akhirnya ditemukan juga.

“Walaupun sedih, namun saya reda dengan apa yang berlaku. Lagipun Ayeh pergi dalam keadaan penuh mulia ketika melaksanakan tugas,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Wan Yah kini sedang berada di Hospital Dungun untuk urusan membawa pulang jenazah Ayeh.

Dalam kejadian pukul 8.30 malam, Jumaat lalu itu Ayeh yang bertugas di Balai Polis Paka bersama tiga rakan sekerjanya sedang mengejar suspek dikenali sebagai Zul Ayam di lokasi berkenaan.

Ketika sedang mengejar lelaki itu, Ayeh dikhuatiri lemas selepas terjatuh ke dalam Sungai Paka bersama-sama suspek.

Jenzah Ayeh akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Pok Man, Kampung Atas Sekil di sini malam ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN