Awasi anak musim tengkujuh, elak tragedi - Tengku Abdullah - Utusan Malaysia

Awasi anak musim tengkujuh, elak tragedi – Tengku Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PEKAN – Rakyat di negeri ini terutama yang tinggal berhampiran kawasan sungai, kolam dan longkang besar supaya lebih peka mengawasi anak masing-masing menjelang musim tengkujuh.

Pemangku Raja Pahang, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ia dapat mengelak daripada tragedi lemas yang berlaku sebelum ini berulang.

“Saya berharap rakyat dapat menjaga diri dan keluarga masing-masing terutamanya pada musim tengkujuh dan air pasang besar.

“Banyak risiko wujud dari keadaan semasa ini memerlukan perhatian yang lebih serta sifat berjaga-jaga agar kita semua sentiasa berada dalam keadaan selamat,” titah baginda selepas melawat mangsa ribut di Kampung Pasir Panjang, dekat sini, hari ini.

Sebanyak 25 rumah melibatkan 131 penduduk di sekitar Kampung Pasir Panjang, Ketapang Hilir, Tanjung Agas dan Pulau Tambun rosak dalam kejadian ribut dan angin kencang pukul 3.00 petang semalam. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN