MUKADIMAH: KEJADIAN pokok tumbang sehingga mengancam keselamatan orang ramai sering menjadi tajuk utama akhbar malah kerap berlaku sepanjang perubahan angin monsun barat daya kepada monsun timur laut sejak awal November lalu. Statistik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menunjukkan sebanyak 3,454 kes pokok tumbang dilaporkan dari Januari hingga Oktober tahun ini dengan purata 298 kes sebulan. Kekurangan penyelenggaraan pokok besar dan tua boleh mengundang maut kepada pengguna seperti tragedi menimpa…









