MADRID 23 Nov. – Masalah kecederaan terus menghantui Atletico Madrid menjelang aksi hujung minggu ini menentang Barcelona dengan pemain pertahanan, Juanfran menjadi pemain terbaharu mengalami masalah. Juanfran bersama Diego Godin dan Jose Maria Gimenez akan diketepikan daripada pasukan Diego Simeone daripada aksi menentang juara bertahan, Barcelona. Atletico akan beraksi di Stadium Wanda Metropolitano kini berada di kedudukan ketiga liga, satu mata di belakang skuad kendalian Ernesto Velvarede dan berkongsi mata sama dengan Sevilla dan Alaves.-AFP
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya