Lima kawasan sampah haram dikesan di Kuala Langat

Lima kawasan sampah haram dikesan di Kuala Langat

Sampah haram
RAMLI Mohd. Tahir (kanan) bersama Mohd. Hasry Nor Mohd. mengibarkan bendera sebagai simbolik pelepasan lori kompaktor KDEBWM kepada MPKL dekat Banting, di Kuala Langat, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Sekurang-kurangnya lima kawasan di sekitar daerah ini dikesan dijadikan tempat pelupusan sampah haram domestik dan industri oleh pihak tidak bertanggungjawab sejak beberapa tahun lalu.

Kawasan tersebut seperti di sempadan daerah Kuala Langat dan Klang iaitu di Johan Setia dan Sijangkang; Tanjung Dua Belas dan Sijangkang di Bukit Changgang serta Teluk Panglima Garang yang kebanyakannya terletak jauh dari laluan awam.

Pengarah Urusan KDEB Waste Management Sdn. Bhd. (KDEBWM), Datuk Ramli Mohd. Tahir berkata, beliau mengesyaki sampah-sampah yang dibuang secara haram itu dibawa dari kawasan luar daerah ini dan sepatutnya dilupuskan di Tapak Pelupusan Sampah Tanjung Dua Belas.

“Premis mereka tidak beroperasi di Kuala Langat, tetapi di luar. Sebab kalau di daerah ini, memang kita laksana perkhidmatan kutipan sampah di rumah dan lebih empat tahun di kawasan industri.

“Cuma kutipan di tapak pelupusan haram di luar bidang kuasa kita, kalau diarahkan oleh pihak berkuasa sama ada pejabat tanah dan daerah (PDT) atau pihak berkuasa tempatan (PBT), kita bersama. Saya tiada masalah menggerakkan aset untuk membersihkannya,” katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Lori Kompaktor dan Imej Baharu bagi Kerja-Kerja Kutipan Sisa Domestik di Bawah Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL).

Pada majlis pelancaran tersebut, KDEBWM menyerahkan 28 lori kompaktor terdiri daripada 25 lori 19 tan metrik dan dua mini kompaktor 7.5 tan dan sebuah lori roll-on roll-off (roro) bagi membuat kutipan di 28 zon di seluruh Kuala Langat

Sementara itu, Yang Dipertua MPKL, Mohd. Hasry Nor Mohd. memaklumkan, pihaknya meneruskan perkhidmatan KDEBWM selama tujuh tahun lagi sehingga 2032 bagi menguruskan kutipan sampah domestik berikutan peningkatan sehingga 65,000 penduduk berbanding 55,000 sebelum ini dan pembukaan kawasan perindustrian baharu.

“Kita dapat lihat di kawasan ini berlaku pembangunan yang agak rancak. Justeru, saya menjangkakan sehingga 2032 jumlah penduduk akan terus meningkat. Pengguna domestik akan bertambah mungkin 20 hingga 30 peratus pada 2030,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN