ASEAN bebas kapal perang - Utusan Malaysia

ASEAN bebas kapal perang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA – Malaysia berpendirian bahawa per­airan di sekitar rantau ASEAN hendaklah bebas daripada kapal perang yang besar.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kehadi­ran kapal perang besar tersebut boleh mewujudkan ke­tegangan di rantau ini.

“Bot peronda yang kecil diperlukan untuk membendung teruta­manya lanun tetapi kapal perang yang besar boleh menyebabkan insiden dan seterusnya mewujudkan kete­gangan.

“Jika strategi itu tidak melibatkan penghantaran ‘The Seventh Fleet’ di kawasan berkenaan, kita akan menyambut baik perkara itu,” katanya kepada pemberi­ta Malaysia ketika ditanya me­ngenai pemahaman dan harapan ASEAN terhadap strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat (AS) di luar Sidang Kemun­cak ASEAN­ ke-33 di sini semalam.

Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN