SINGAPURA – Malaysia berpendirian bahawa perairan di sekitar rantau ASEAN hendaklah bebas daripada kapal perang yang besar. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, kehadiran kapal perang besar tersebut boleh mewujudkan ketegangan di rantau ini. “Bot peronda yang kecil diperlukan untuk membendung terutamanya lanun tetapi kapal perang yang besar boleh menyebabkan insiden dan seterusnya mewujudkan ketegangan. “Jika strategi itu tidak melibatkan penghantaran ‘The Seventh Fleet’ di kawasan berkenaan, kita akan menyambut baik perkara itu,” katanya kepada pemberita Malaysia ketika ditanya mengenai pemahaman dan harapan ASEAN terhadap strategi Indo-Pasifik Amerika Syarikat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya