Arsenal, Chelsea gah di saingan Liga Europa - Utusan Malaysia

Arsenal, Chelsea gah di saingan Liga Europa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS 30 Nov. – Pasukan dari London, Chelsea dan Arsenal melakar kemenangan besar dalam kempen Liga Europa manakala Celtic dan Rangers pula terpaksa menunggu perlawanan terakhir untuk layak ke peringkat seterusnya.

Barisan muda yang diturunkan pengurus Arsenal, Unai Emery dalam aksi di Ukraine membalas kepercayaan itu dengan menewaskan Vorskla Poltava 3-0.

Pemain muda The Gunners, Emile Smith Rowe dan Joe Willock masing-masing meledakkan satu gol manakala gol ketiga diraih hasil sepakan penalti yang disempurnakan Aaron Ramsey.

Arsenal kini perlu mengelak daripada bertemu pasukan yang tersingkir daripada Liga Juara-Juara, dalam undian peringkat seterusnya, kerana mereka mempunyai rekod yang lebih baik menentang pasukan di tempat kedua, Sporting Lisbon.

Sementara itu, jurulatih Chelsea, Maurizio Sarri yang mendesak pemainnya bangkit selepas kekalahan kepada Tottenham di Liga Perdana Inggeris (EPL) sebelum ini berjaya mengemudi pasukannya menebus kekecewaan di pentas domestik.

The Blues menewaskan PAOK Salonika 4-0, dengan dua gol hasil jaringan pemain Perancis, Olivier Giroud.

“Sasaran utama adalah untuk menang, kami perlukan tindak balas pasukan yang kuat dan kami berjaya melakukan dengan baik pada kali ini.

“Saya sangat gembira dengan semangat pasukan dan kami kini boleh bergerak ke hadapan dan mula mendapatkan momentum baru,” kata Giroud. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN