RIYADH 15 Nov. – Lima pegawai kerajaan Arab Saudi berdepan hukuman mati berhubung pembunuhan wartawan Washington Post, Jamal Khashoggi yang diberikan dadah dan dikerat di dalam konsulat negara ini di Istanbul, Turki.
Jurucakap bagi pejabat pendakwa raya dalam pengakuan pertama Arab Saudi dalam cara pembunuhan itu berkata, Jamal mati selepas diberikan dadah oleh lima orang tertuduh sebelum mayatnya dikerat.
Tambah jurucakap itu, cebisan mayat wartawan tersebut kemudiannya diserahkan kepada ejen di luar konsulat berkenaan. – AFP
Memuatkan artikel berkaitan…











