KUALA NERUS 12 Nov. – Mat Sidik Salleh, 63, menggagahkan diri bersama isterinya Aminah Abu Bakar, 48, berjalan menaiki pentas, dan terlalu sukar menyembunyi perasaan berbaur yang menyelubungi, apatah lagi ketika seluruh perhatian umum tertumpu kepada mereka. Mereka menyeka air mata sebaik sahaja menerima skrol ijazah dalam majlis yang sepatutnya mereka cuma hadir bersama keluarga berkongsi kegembiraan meraikan detik bersejarah dalam kehidupan Nurul Fazierah,24, anak kedua daripada empat beradik itu.…










