Apa maksud Anthony? - Utusan Malaysia

Apa maksud Anthony?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Bekas Pengarah Urusan Malaysia Airlines (MAS), Tan Sri Dr. Abdul Aziz Abdul Rahman mempersoalkan kenyataan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bahawa kerajaan tidak akan lagi melindungi syarikat-syarikat penerbangan tempatan.

Abdul Aziz berkata, setakat ini kerajaan tidak pernah memberi sebarang perlindungan kepada mana-mana syarikat penerbangan tempatan memandangkan mereka beroperasi secara persendirian kecuali MAS.

Menurutnya, kerajaan bertanggungjawab membiayai mo­dal dan kos pengendalian MAS kerana syarikat penerbangan itu dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan dan dalam konteks itu adalah tidak relevan menggunakan perkataan perlindungan.

ABDUL AZIZ ABDUL RAHMANNOTA TERBITAN UTUSAN MALAYSIA15 SEPTEMBER
ABDUL AZIZ ABDUL RAHMAN

“Kalau kerajaan tidak menya­lurkan bantuan kewangan kepada MAS, syarikat itu akan mati terus.

“Saya tak faham apa yang dikatakan oleh menteri mengenai perlindungan kepada syarikat-syarikat penerbangan tempatan,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Anthony semalam yang kerajaan tidak akan melindungi syarikat-syarikat penerbangan sebaliknya mahu melihat satu pasaran sektor penerbangan yang berdaya saing.

Anthony berkata, persai­ngan yang wujud itu bukan sahaja membawa manfaat positif kepada sektor penerbangan malah me­lonjakkan pertumbuhan sektor-sektor lain termasuk pelancongan.

Abdul Aziz berkata, syarikat penerbangan tambang rendah, AirAsia dan Malindo Air yang beroperasi di negara ini adalah dibiayai secara persendirian dan tidak ada kena-mengena dengan sebarang perlindungan atau insentif khas daripada kerajaan selama ini.

Sehubungan itu, beliau berpendapat, Anthony perlu menjelaskan secara terperinci mengenai bentuk perlindu­ngan yang dimaksudkan kepada syarikat-syarikat penerbangan supaya tidak disalah tafsir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN