Anwar minta kerajaan negeri bantu penduduk tiada bekalan air - Utusan Malaysia

Anwar minta kerajaan negeri bantu penduduk tiada bekalan air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON 26 Nov. – Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, beliau telah meminta kerajaan negeri dan semua jentera untuk membantu penduduk di daerah ini yang terjejas akibat ketiadaan bekalan air sejak Khamis lalu.

Ahli Parlimen Port Dickson itu berkata, beliau telah dimaklumkankan oleh Menteri Besar, Aminuddin Harun, wakil rakyat dan kakitangannya mengenai masalah tersebut.

Beliau yang berada di Istanbul bagi menyampaikan pidato atas undangan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdoğan berjanji akan meninjau masalah itu apabila pulang ke tanah air.

“Saya memohon maaf kerana tidak berada di dalam negara dan Insya-Allah akan kembali sebaik selesai acara dan terus ke Port Dickson,” katanya dalam satu kenyataan kepada pemberita, hari ini.

Kira-kira 34,000 akaun pengguna bekalan air di Port Dickson terjejas selepas tebing Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Linggi dekat sini runtuh dalam kejadian Khamis.

Turut terputus bekalan air ialah kira-kira 8,000 akaun di sebahagian kawasan Seremban.

Aminuddin yang melawat loji itu hari ini memberi jaminan bekalan air dijangka dapat dipulihkan sepenuhnya menjelang pukul 8 pagi esok. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN