AMK mahu Streram jadi calon PRK DUN Rantau - Utusan Malaysia

AMK mahu Streram jadi calon PRK DUN Rantau

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM – Angkatan Muda Keadilan (AMK) berpendapat Dr. S. Streram merupakan calon paling layak mewakili parti itu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau, Negeri Sembilan.

Ketua AMK yang baharu, Akmal Nasrullah Mohd. Nasir berkata, Streram perlu diberikan peluang sekali lagi untuk bertanding di DUN berkenaan selepas dinafikan hak untuk bertanding di DUN Rantau pada Pilihan Raya Umum ke-14 lepas.

“Kredit harus diberikan kepada Dr. Streram yang sebelum ini dinafikan hak untuk bertanding,” katanya dalam sidang media selepas menghadiri Kongres Nasional AMK di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada AMK akan mengemukakan calon tersendiri untuk kerusi DUN Rantau di mana kemenangan penyandang kerusi itu, Datuk Seri Mohamad Hasan pada PRU14 lepas diisytihar sebagai  tidak sah dan terbatal oleh Mahkamah Khas Pilihan Raya hari ini. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN