AMK didesak pertahan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera - Utusan Malaysia

AMK didesak pertahan hak keistimewaan Melayu dan bumiputera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Nov. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) didesak supaya mempertahankan hak keistimewaan kaum Melayu dan bumiputera yang jelas telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.

Perwakilan Pahang, Mohd. Mostaqim Abdul Jalil berkata, perkara itu termasuk keistimewaan Raja Melayu dan Islam sebagai agama rasmi tidak patut dipersoalkan demi memastikan rakyat majmuk di negara ini hidup dengan harmoni.

Menurutnya, AMK perlu kehadapan dalam mempertahankan Perlembagaan Persekutuan dan terus mempertahankan hak Melayu dan bumiputera tanpa mengenepikan hak kaum lain.

“Perkara yang sensitif ini tidak perlu dipersoal dan disentuh dan begitu juga dengan Islam sebagai agama rasmi.

“Orang Melayu dan bumiputera adalah penduduk asal yang telah lama bertapak di negara ini sebelum kehadiran kaum lain dan sejak pemerintahan dahulu lagi kaum ini mempunyai hak istimewa sendiri tanpa mengabaikan hak bangsa lain,” katanya dalam perbahasan Kongres National AMK PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini hari ini.

Sementara itu, perwakilan Negeri Sembilan, Mohd. Khairuddin Nazaruddin mahu ahli AMK disemai dengan amalan baik dan amalan pemberian dedak perlu dielakkan sama sekali.

“Ia tidak harus menjadi amalan dalam parti. Anak muda kena jadi tunjang bukan hanya tahu amalkan ‘Yes Boss’,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN