AMK desak Akta Hasutan, OSA, SOSMA, POTA dan BTN segera dikuburkan - Utusan Malaysia

AMK desak Akta Hasutan, OSA, SOSMA, POTA dan BTN segera dikuburkan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 16 Nov. – Angkatan Muda Keadilan (AMK) menuntut Akta Hasutan; Akta Rahsia Rasmi (OSA) 1972; Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Pencegahan Keganasan 2015 (POTA) dihapuskan segera.

Ketuanya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerajaan tidak seharusnya berpeluk tubuh atau terganggu dan tidak boleh takut untuk membuat pembaharuan politik secara mendalam dengan mendakwa kesemua akta tersebut menindas.

“Akta Hasutan, OSA, SOSMA, POTA dan undang-undang menindas yang lain harus dihapus dan digantikan dengan undang-undang yang melindungi demokrasi serta keselamatan rakyat,” katanya ketika menyampaikan ucapan dasar sempena Kongres Nasional AMK di sini hari ini.

Dalam pada itu, Nik Nazmi turut mendesak agar Biro Tata Negara (BTN) segera ‘dikuburkan’ dan menolak sebarang usaha untuk menjenamakan semula badan tersebut.

“Tidak perlu lagi menjenamakan semula badan-badan propaganda politik kepartian dan perkauman seperti BTN, mereka hanya perlu wujud dalam buku sejarah,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN