Aminuddin dilantik Pengarah Maritim Johor - Utusan Malaysia

Aminuddin dilantik Pengarah Maritim Johor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 19 Nov. – Pengarah Kejuruteraan Ibu Pejabat Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Putrajaya, Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid dilantik Pengarah Maritim Negeri Johor yang baharu berkuat kuasa 10 Disember ini.

Aminuddin, 55, menggantikan Laksamana Muda Maritim Datuk Abu Bakar Idris, 55, yang dilantik sebagai Pengarah Bahagian Keselamatan Ibu Pejabat Maritim Malaysia di Putrajayapada 9 Disember ini.

Majlis serah terima tugas disaksikan Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Datuk Seri Zulkifli Abu Bakar di Pejabat Maritim Negeri, Menara Tabung Haji di sini sebentar tadi.

Dalam sidang akhbar selepas itu, Zulkifli berkata, pertukaran membabitkan kedua-dua pengarah berkenaan dilakukan berikutan penstrukturan semua agensi itu bermula Mei lalu.

“Saya percaya penstrukturan semula itu akan membantu mempertingkat keselamatan di perairan negara membabitkan rompakan, penyeludupan pendatang asing tanpa izin (PATI),” katanya.

Jelas beliau, Maritim Negeri Johor terbahagi kepada lima zon termasuk Zon Maritim Tanjung Sedili, Mersing dan Batu Pahat, selain Pos Maritim Pengerang dan Pengkalan Abu Bakar Maritik Base di Batuan Tengah. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×