Ambrin tiba beri keterangan kepada SPRM - Utusan Malaysia

Ambrin tiba beri keterangan kepada SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 26 Nov.- Bekas Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

AMBRIN BUANG
AMBRIN

Menurut sumber, Ambrin tiba pada pukul 3.15 petang selepas dipanggil oleh SPRM untuk memberi keterangan.

Sebelum ini, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengarahkan laporan audit 1MDB yang disediakan Ambrin dipinda.

Laporan itu mendedahkan bahawa Najib mengetahui salah urus tadbir dalam 1MDB yang bersangkut paut dengan campur tangan beliau dari segi pengurusan kewangan 1MDB.

Pindaaan terhadap laporan akhir pengauditan 1MDB atas arahan Ahli Parlimen Pekan itu kemudiannya disahkan oleh Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad semalam.

Susulan pendedahan itu, SPRM dalam kenyataannya semalam memaklumkan, pihaknya telah memulakan siasatan berkaitan dakwaan pindaan Laporan Akhir Pengauditan 1MDB.

SPRM juga telah meneliti dokumen asal laporan tersebut untuk dibandingkan dengan draf akhir yang telah dikeluarkan oleh Jabatan Audit Negara.

Suruhanjaya itu turut mengesahkan pihaknya akan memanggil beberapa saksi dalam tempoh terdekat bagi memberi keterangan dan membantu siasatan berkaitan isu tersebut.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN