Altimet undur diri, konsert terakhir Februari - Utusan Malaysia

Altimet undur diri, konsert terakhir Februari

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 Nov. – Mengumumkan persaraannya secara rasmi hari ini, penyanyi rap, Altimet bakal mengadakan konsert terakhirnya pada Februari tahun depan.

Altimet yang turut menyambut ulang tahun kelahiran ke-40 hari ini berkata, konsert selama dua jam itu akan membawa peminat menyelusuri sedekad penglibatannya dalam industri.

“Bila kita sudah sedekad dalam industri dan momentum seni itu sudah kuat, susah untuk kita meletakkan noktah. Tapi tak semua kita rancang, akan berjaya.

“Konsert selama dua jam itu merupakan persembahan terakhir saya. Mulai hari ini sehingga tarikh konsert itu nanti, tiada persembahan daripada saya,” katanya.

Altimet ditemui semasa pelancaran album baharu dan terakhirnya, O yang akan mula dipasarkan bermula 7 Disember ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN