MUTAKHIR ini, pelbagai pihak bercakap tentang ratifikasi ICERD. Namun, mungkin terdapat juga sebilangan masyarakat yang masih keliru tentang istilah meratifikasi ICERD apatah lagi perkataan itu dilihat terlalu akademik dan sukar difahami oleh segelintir pihak. Meratifikasi membawa maksud mengesahkan dan ICERD adalah singkatan bahasa Inggeris kepada International Convention For Elimination of All Forms of Racial Discrimination atau lebih mudah difahami dalam bahasa Melayu, Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum.…










