JURULATIH Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe (gambar kecil) mengakui pasukannya sedikit kelam kabut pada awal permainan terutamanya bagi aksi pembukaan berdepan Kemboja pada kejohanan Piala Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Suzuki 2018 meskipun berjaya mencatatkan kemenangan 1-0 di Phnom Penh kelmarin. Pada aksi di Stadium Nasional tersebut, penyerang Pahang, Norshahrul Idlan Talaha muncul sebagai wira negara selepas menjaringkan gol tunggal apabila bijak memanfaatkan hantaran ketua pasukan, Mohamad Zaquan Adha Abd.…










