AirAsia X lancar laluan baharu ke Fukuoka - Utusan Malaysia

AirAsia X lancar laluan baharu ke Fukuoka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA 29 Nov. – AirAsia X melancarkan penerbangan terus baharu eksklusif ke Fukuoka, Jepun dari Kuala Lumpur dengan kekerapan empat kali seminggu bermula 28 Februari 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Malaysia, Benyamin Ismail berkata, harga tambang sehala termasuk semua bagi laluan baharu itu adalah RM199 untuk tempat duduk biasa sementara RM799 bagi tempat duduk premium flatbed.

Menurut beliau, tempahan boleh dibuat di laman web airasia.com bermula esok sehingga 9 Disember bagi tempoh perjalanan antara 28 Februari hingga 28 Oktober 2019.

“Penerbangan terus ke Fukuoka merupakan destinasi kelima ke Jepun dan yang keempat dari Kuala Lumpur. Lebih daripada enam juta tetamu telah terbang bersama kami ke negara matahari terbit itu sejak memulakan operasi pada 2010.

“Pasaran Jepun kekal sebagai antara yang terpenting kepada AirAsia X. Laluan baharu ini akan memperkukuhkan lagi hubungan dua hala antara Malaysia dan Jepun di samping menghubungkan dunia dengan Fukuoka melalui rangkaian kami yang luas di rantau ini,” katanya dalam majlis pelancaran laluan baharu Kuala Lumpur-Fukuoka di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN