Ahli Parlimen, empat Senator sertai Bersatu - Utusan Malaysia

Ahli Parlimen, empat Senator sertai Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali bersama empat senator hari ini menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Noor Azmi bersama Presiden Majlis Senator Malaysia, Datuk Seri Khairudin E.S Abd Samad; Bendahari Majlis Senator Malaysia, Datuk Suhaimi Abdullah; wakil Orang Asli Majlis Senator Malaysia, Isa Abdul Hamid dan wakil orang Siam Aknan Ehtook menyerahkan borang keanggotaan kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Mereka kemudian menerima kad keanggotaan daripada Pengerusi parti, Tun Dr. Mahathir Mohamad

Mahathir berkata, Bersatu sedia menerima penyertaan mereka memandangkan Pakatan Harapan (PH) tidak mendapat dua pertiga undi majoriti.

“Kita sedia terima mereka, kerana kita tidak dapat dua pertiga undi majoriti dengan itu kadang-kadang berlaku keadaan kita tersekat tidak boleh tumpu kepada apa yang kita janjikan.

“Ada beberapa perkara yang kita telah janjikan yang perlukan dua pertiga undi,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu di Menara Yayasan Selangor di sini hari ini.       

Beliau menambah anggota baharu tersebut tidak boleh memegang apa-apa jawatan dalam tempoh setahun menyertai parti. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN