WASHINGTON – Negara-negara di dunia mesti mengenakan sekatan terhadap China berhubung penahanan beramai-ramai etnik minoriti Islam Uighur di wilayah Xinjiang, kata beratus-ratus cendekiawan kelmarin. Beijing, sejak beberapa bulan kebelakangan ini, dikecam kumpulan aktivis, ahli akademik dan kerajaan asing kerana melakukan penahanan beramai-ramai dan pengawasan ketat terhadap penduduk Uighur serta etnik lain di Xinjiang. Pada Ogos lalu, panel hak asasi manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata, ia menerima banyak laporan yang boleh dipercayai mengatakan bahawa sejuta atau lebih ramai etnik Uighur dan minoriti lain ditahan di kem-kem rahsia di rantau tersebut.…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya