PHNOM PENH 27 Nov. – Krisis kemarau terburuk di Afghanistan dalam tempoh berdekad lamanya telah menyebabkan berpuluh ribu orang meninggalkan kediaman mereka dan wujud keluarga yang terpaksa mengahwinkan anak perempuan sebagai pertukaran duit hantaran untuk kelangsungan hidup. Menurut laporan Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), kira-kira 223,000 orang meninggalkan kediaman ekoran kemarau teruk di wilayah Heart, Badghis dan Ghor tahun ini. Sementara itu, Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) berkata penduduk…










