Adrien Rabiot dilamar sertai Liverpool - Utusan Malaysia

Adrien Rabiot dilamar sertai Liverpool

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LIVERPOOL 6 Nov. – Liverpool telah mengemukakan tawaran lumayan kepada Adrien Rabiot untuk melengkapkan perpindahan ke Anfield.

Kontrak Rabiot dengan Paris Saint-Germain (PSG) akan tamat pada penghujung musim dan dia dilaporkan telah bersedia untuk meninggalkan Liga 1.

Menurut laporan Metro.co.uk, Manchester City turut berminat dengan pemain tengah tersebut, sementara Barcelona juga memantau perkembangan pemain Perancis itu. Media Sepanyol, Mundo Deportivo mendakwa Rabiot sedia mempertimbangkan tawaran daripada Liverpool, sementara City juga menghantar lamaran mereka.

PSG telah menetapkan syarat untuk Rabiot menandatangani kontrak baharu dan kekal di kelab itu. Rabiot turut bertemu dengan beberapa kelab termasuk gergasi La Liga, Barcelona dan difahamkan pemain berusia 23 tahun itu semakin hampir membuat keputusan.

Liverpool dikaitkan dengan Rabiot sejak beberapa bulan lalu kerana Jurgen Klopp berhasrat untuk mengukuhkan lagi pilihan di bahagian tengah skuad bimbingannya. Reds dikhabarkan tidak berminat mengadakan sebarang urusan perniagaan pada Januari, tetapi Rabiot boleh didapatkan khid­matnya secara percuma pada musim panas akan datang.

Metro.co.uk pula difahamkan Rabiot berminat untuk berpindah ke Etihad dan bersedia menandatangani perjanjian awal bersama kelab itu pada Januari. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN