KUALA LUMPUR 28 Nov. – Dakwaan mengatakan kecederaan dialami anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim, 24, dalam insiden rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pagi semalam berlaku akibat kemalangan dan bukannya dipukul begitu mengejutkan semua pihak sehingga menimbulkan kontroversi. Malah dakwaan dibuat Setiausaha Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, VK Ragu dalam sidang akhbar hari ini dengan disertakan video tular kononnya bukti Muhammad Adib kemalangan akibat…










