AADK juara Karnival Sukan Inter CGSO 2017/18 - Utusan Malaysia

AADK juara Karnival Sukan Inter CGSO 2017/18

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

berbakat. Beberapa agensi kerajaan telah menghantar wakil masing-masing bagi menyertai kejohanan bola sepak sembilan sebelah sempena Karnival Sukan Inter CGSO 2017/18 di Pusat Pemulihan dan Penjagaan Dengkil, Sepang baru-baru ini.

Juara bagi acara itu dimenangi oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), manakala naib juara pula diraih Agensi Nuklear Malaysia dan tempat ketiga, Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengerusi Kelab Sukan Dan Kebajikan Kakitangan (KESKEB), Ruszaini Abd. Karim.

Juara keseluruhan diraih AADK, manakala naib juara pula dimenangi oleh Hospital Kuala Lumpur dan ketiga Agensi Nuklear Malaysia.

Pengelola acara, Mohd. Sahli Ismail berharap karnival itu yang turut melibatkan sukan boling, sepak takraw dan badminton akan terus diadakan setiap tahun bagi memupuk semangat kesukanan serta merapatkan hubungan sesama kakitangan kerajaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN