SUNGAI PETANI 18 Nov. – Seramai 89 pelajar Institut Teknologi PKZ Maju Sdn. Bhd. (Institut Teknologi PKZ Maju) menerima sijil masing-masing dalam Istiadat Konvokesyen di Dewan Utama Universiti Aimst, Merbok di sini, hari ini. Pengarah Urusan Institut Teknologi PKZ Maju, Kamarudzaman Bakar berkata, kemahiran yang diperoleh pelajar sepanjang pengajian bersama dengan sijil operasi vokasional (VTO) akan menempatkan mereka dalam pelbagai bidang kerjaya. “Terima kasih kepada semua pihak kerana memberi kerjasama…










